Kepentingan Unique Visitor (uv)

Kesinambungan entry:

As salam buat rakan pembaca semua,

Semalam ada akak santek lagi comel komen kat entry Yumida. Entry atas tu. Ada persoalan yang diajukan. So, Yumida cuba untuk jawab dan explainkan. Kalau u olls ada nak tambah, dialu-alukan memberikan pandangan. Wokeh..macam ni soalannya:
  
http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com, cik akak naomei


Pewit! Sape tak kenal akak santek atas tu a.k.a Cik Akak. Blogger aktif, blogger ramah, blogger yang sentiasa menampal gambar comelnya di dada entry. So kiut!

Berbalik pada topic, before ni pernah Yumida kongsikan entry:
  
Maksud Unique Visitor (UV):
ialah pelawat yang datang ke blog kita dengan IP address yang berlainan.

Kepentingan Unique Visitor (UV):
Unique visitors ini penting untuk syarikat pengiklanan mengira kualiti blog kita. Bagi pengiklan, semakin banyak unique visitors yang datang berkunjung ke blog kita, semakin tinggi kecenderungan pelawat melihat iklan-iklan yang dipaparkan oleh mereka.

Blog yang mempunyai unique visitors yang cantik, pasti akan mendapat tempat di hati pengiklan. Sebab apa? Sebab pengiklan mahu melabur di blog yang berpotensi meluaskan produk mereka seterusnya memberi pulangan yang lumayan. Boleh jadi pelawat yang datang ke blog kita berminat dengan tawaran iklan, lantas melanggan atau membeli produk pengiklan tersebut.

Contoh paling mudah, kempen CPUV Nuffnang. Pemberian earning berdasarkan unique visitors yang datang ke blog kita. Macam mana nak tingkatkan unique visitors seterusnya up kan earning CPUV? Jom terjah yang ini: Tips Tingkatkan Earning CPUV Nuffnang

Malahan, untuk mendapat tawaran daripada pengiklan lain. Kita perlu memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarat paling penting, harus mencapai target unique visitors yang mereka kehendaki. That’s why la unique visitors ni sangat penting dalam sesebuah blog.

Saranan:
Ada orang berblog untuk suka-suka sahaja. Ada orang berblog untuk menjana side income. Siapa sangka daripada yang suka-suka itu kita mendapat benefit ringgit daripada berblog ni. So, ketahui potensi blog anda dan cari peluang manfaatkan faedahnya.

Orang kata kalau trafik cantik cun melecun, Komli sangat sesuai. Aku kurang arif pasal Komli ni, boleh refer pada blog yang guna pengiklanan Komli ni. Kalau korang masih berminat pada Nuffnang, jangan tampal Komli. Coz akan menyebabkan anda hilang status gliteratti. Yang mana banyak tawaran menarik menerusi status gliteratti ni. Kalau korang dah tak minat pada Nuffnang, boleh cuba sumber pengiklanan lain, yang mana korang rasa masyuk untuk blog korang. Terpulang pada kesesuaian blog korang dan kemahuan korang sendiri.

Blog yang mencapai maintain 350 uv sehari boleh apply Exabytes. Jangan risau kalau korang tampal Exabytes tak akan menjejaskan status gliteratti korang. Bayaran Exabytes bergantung pada jumlah trafik korang. Pengiraan berdasarkan 2 bulan trafik yang lepas. So kalau blog korang melepasi syarat 350 uv sehari tu, try la. Insha Allah pasti ada rezeki. Nak tengok dekat mana kita boleh lihat uv blog kita, lihat sahaja pada analytic akaun Nuffnang korang. Takpun pada google analytic. Info lanjut pasal Exabytes terjah sini: Buat duit dengan Exabytes


Rasanya itu je yang aku fahami pasal kepentingan uv ni. Korang ada nak tambah? Meh komen kat bawah. Jangan malu-malu :) Oh ya, unique visitor (uv) berbeza dengan pageviews (pv). Moga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

35 comments

owh macam tu..kita pun tak taw mengenai benda2 nie

akak faham sikit la pasal nie...tapi lately nie UV akak jatuh teruk..isk..isk...sedih giler

ayu faham gak. tapi uv sgt xbest skrg. 350 tu jauh sgt nak kejar. uwaa.

sekarang baru sy faham huhu.. selama ni pun sy fikir mcm cik akak jugak... huhu

Tepat sekali, Unique Visitor ni pengunjung dr IP yang berbeza, bila klik entry lain dlm masa yg sama,IP yang sama..itu dinamakan Page View :)

Assalammualaikum..yumida,

thanks atas penerangan pasal uv nie.. uv nie adalah klik unik yang datang daripada IP yang berlainan. Boleh cuba exabytes nie...

mselim3

pls: doakan mselim3 k...

Thanks sharing yumida. =) Kita berblog suka2 sambil kalau dapat jana pendapatan lagi baik kan. Sambil menyelam minum air.

Terima kasih...informasi yang sangat2 membantu. Saya juga sedang mencari peluang2 terbaik utk pengiklanan.

info yang sangat2 berguna..boleh dipraktikkan selalu..;)

baru tahu maksudnya lepas membaca entri ini.. terima aksih di atas perkongsian.. singgah menabung chipsmore dan himalaya.. :D

owh faha, tq for d info yumida

UV akak sikt je 250-300 je tu pun kalau cuti lelama langsung drop less then 100...kesiannn...

terjawab sudah persoalan cik akak.. bagus yumida ni serba serbi tahu.. thanks sharing ilmu.. ;)

again, GUD articel!! Thanks YUMIDA! :D

Nice info Yumida.

Sangat berguna untuk blogger baru macam saya ni. Take note

baru fae faham :) thanks yumida.

penjelasan yg baik.. baru la pham sikit term-term dia

dah faham sekarang.. time kasih yumida sbb clearkan mind akak yg selama nie blur2 lg..

Oo baru tahu.. thanks 4 sharing dear.. =D

wah...jelas..!
thanks yumida...

wah, thanks for sharing sis :)

yup! UV tu nk mnntukan kedudukan website kita.
kalau pageview tu ntah2 kita yg duk reload2 page sampai 100 kali ..huhu

terima kasih untuk info nya Yumida..sangat berguna dan baru tahu semua ni :)

terima kasih kak kongsi info, ika langsung tak tahu, baru sangat lagi dalam nuffnang ni :)

tuntut ilmu lagi tanpa jemu pasla nuff bila nak lebat nuff cam yumida huaaaa