HUSNA 2ND BEZDAY GIVEAWAY

KLIK BANNER UTK JOIN


BISIKAN KASIH SAYANG UNTUK ADIK HUSNA

Adik Husna..
Meh ke sini
Ku bisikkan padamu..

Tahukah
adik Husna..
Perjalanan adalah pelajaran
Adik Husna akan mendapat ia dalam kehidupan
Jika adik Husna salah,
Adik Husna akan belajar erti kesungguhan
Jika adik Husna jatuh,
Adik Husna akan belajar makna kewaspadaan
Jika adik Husna kalah,
Adik Husna akan belajar hakikat batas diri

Adik Husna..
Teruslah berusaha
Jangan berhenti berdoa
Jangan adik Husna berputus asa
Kuatkan keyakinanmu
Tabahkan hatimu..kentalkan semangatmu!
Setiap usaha pasti adanya kegagalan
Di sebalik kegagalan terciptanya kejayaan!
Itulah sebuah kehidupan
Yang bakal adik Husna lalui
Sebelum nafas terhenti
Selama itu adik Husna harungi..sebuah perjalanan
Terkandung pelajaran.


-pic bergerak...tggu lama sket-






Ya Allah..sempena ulang tahun kelahiran adik Husna yang bakal menjelang nanti.. Ku mohon padaMu..panjangkanlah umurnya, berikannya sebuah kehidupan yang bahagia..kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak dan juga berkat.

Ya Allah..Kau jadikanlah adik Husna ini seorang anak yang baik, yang sentiasa mendengar kata-kata kedua orang tuanya, yg sentiasa menjaga dan menyayangi orang tuanya apabila dewasa kelak. Jadikanlah adik Husna ini seorang insan yang cemerlang dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupannya.

Ya Allah..bukakanlah kepada adik Husna ini pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan. Kurniakanlah adik Husna..kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dariMu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Allah..Kau berikanlah kepada adik Husna kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, tunaikanlah hajat adik Husna baik dalam agama, dunia dan juga akhirat. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

SELAMAT HARI LAHIR ADIK HUSNA...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....
BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT




TAMAT: 15 APRIL 2013


EmoticonEmoticon