Kucing......miaw! miaw!

Today nak share dgn korang 
mengenai kisah seorang wanita yg menyeksa kucing peliharaannya
& apakah kelebihan memelihara kucing ???
Lihat buah rantaiku....berwarna pink kan...
Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi S.A.W bersabda, yang ertinya: 
“Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi. Dia mengurung seekor kucing sampai ia mati kelaparan dan kehausan. Kerana perbuatan itu dia pun masuk neraka.

Riwayat tersebut tidak menunjukkan bahwa Rasulullah menyayangi binatang kucing, tetapi akibat mensia-siakan binatang peliharaan seperti kucing pun akan mendapatkan azab di akhirat. Sebenarnya bukan hanya kucing, mensia-siakan semua binatang peliharaan seperti burung, ikan dan lain-lain juga boleh menyebabkan datangnya azab Allah.
Komeng tergelei2
Demikian juga hadis lain yang menunjukkan bahawa jilatan kucing itu tidak najis;
Dari Abu Qatadah bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang kucing,
"Sesungguhnya (kucing itu) tidaklah najis kerana dia termasuk yang berkeliling di antara kamu"
(HR. An-Nasa’i, Abu Daud)
Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah SAW berwudhu dengan air bekas jilatan kucing’. 
(HR. Abu Daud).
Komeng tengah cuci muka
Manfaat Memelihara KUCING:
Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
Kajian dari universiti Columbia menunjukkan anak-anak yang menjadikan kucing sebagai binatang peliharaan memiliki tingkat kekebalan tubuh yang lebih tinggi.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke.
Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.
Menurut kajian yang dibentangkan pada PertemuanTahunan asasi Strok Amerika 2008 menunjukkan pemilik kucing berkemungkinan lebih kecil meninggal kerana serangan jantung atau strok.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Suzanne - Muah 

17 comments

umah mekorang banyak pusak koh.....beranak2 jak nya tiap bulan...

wawa: smpe juak pusak ya ..nang beranak tiap2 bulan...cm mesin pengeluaran jk...umah mek org kt sitok da 8 ekok

cute eyhh..mek suka pusak juak...

cikpija pun minat kuceng, tapi takde kuceng sbb semua dh meninggal. naik trauma lak nak bela2. :")

cik pija: trauma..coz takut rs kehilangan kan...sy byk adopt kucing yg terbiar..

wah...baru kancil tahu semua nie...tapi entah mengapa kancil sangat suka pada kucing...rupanya macam tu

ye ke mencegah asma?sepupu abg asthma,doc x bg dia dekat dgn kucing sgt sbb nti dia lg teruk. +_+ abg ske kucing tp x tahap 'gila' lg la. :D comelnya kucing atas ni,gebu gitu.

kancil: kucing kn comel...cm garfield

abg stalker: Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma.(di usia awal anak)

Cute na si Komeng ya koh. Gemuk ooo. I have like 8 cats at home, hhahahaha. anak2 buah ku jaga semua. kasih sayang melimpah ruah kat anak2 pusak ya.

gik kalah..pusak2 umah mek org dah jadi 13 ekok..nak lain ada yang hilang...curi org..hehehehe...malas mok layan gik...berak jak keja...

suka kucing tp takut klu dia gigit atau cakar...

coffee girl: sm la....kt umah ada 4 ekor kitten...so comel sidak ya...si acai...si amoi...si sinchan..si nemo

wawa: beli litter box k tmpt sidak berak...rami na juak sidak..ya nang bunyi miaw..miaw ajak d umah la ya

tentang kita: klo kucing jinak die xkan gigit..so sporting la diorg

suke kucing..dlu byk, skang da takde... nk amik kucing org, takut pulak tak terbela..ermmm...

cantekk: sronok klo ader kucing....teman gurau2 manja

saya suka kucing. cuma family saya semuanya takut kucing. hehehe,

nasz: kena cari kucing yg sporting :)
kucing parsi jinak...


EmoticonEmoticon